Selasa, 27 November 2007

QARI DARI PAKISTAN

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekelian,
Untuk meneruskan lagi majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa ini, majlis mempersilakan peserta dari Pakistan untuk memperdengarkan bacaannya. Dengan menggunakan lagu Hijaz, Nahwand dan Diharkah dengan menggunakan riwayat Susi... :)

Jumaat, 23 November 2007

TOK BARU KELUAR HOSPITAL YAN

Gambar ni diambil selepas dia sampai di Sg Pasir.

Tok baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Yan pada 23/11/2007 yang lalu. Sekarang dia berada di Sg Pasir, Sg Petani. Keadaan dia beransur pulih cuma kadang-kadang dia mengadu sedikit kepenatan.

Setelah dipujuk berulang kali oleh mak, akhirnya dia bersetuju nak duduk kat sini. Senang sikit mak nak jengok dia. Semoga dia cepat sembuh seperti sedia kala. Amin......

KONVOKESYEN HAZMI

...Kepada sesiapa yang tak berkesempatan untuk menghadiri konvo hazmi, ni ada video semasa dia terima scroll dari Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan...

Pihak blog ni dan seluruh warganya mengucapkan tahniah di atas penganugarahan tersebut..Saksikan videonya.Selamat menonton :)





Ahad, 18 November 2007

TELATAH HAZIQ

Ni ada video Haziq yang diambil masa raya hari tu. Entah apa yang dia cakap tak taulah. Sekarang dah pandai belajar menulis :)

Rabu, 14 November 2007

PERHIMPUNAN BERSIH : Al-Jazeera

Hari sabtu yang lalu (10 November 2007), satu Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Persatuan Bersih telah diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan itu diadakan adalah untuk menuntut pilihanraya yang lebih adil, telus dan bebas dari sebarang penyelewengan. Seramai 100 ribu orang, terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah hadir ke perhimpuanan tersebut. Ianya telah mendapat liputan meluas di media antarabanga seperti BBC, CNN dan juga Al-Jazeera. Ikutilah rakaman video tersebut. Selamat menonton.



kat bawah ni, gambar semasa perhimpunan itu berlangsung.

Selasa, 13 November 2007

DIALAH TOK KITA...SEORANG DAN TIADA YANG LAIN!

Assalamualaikum WBT..

Hari ni Mr.Admin (zuhairy) baru habis exam. Ada lagi 3 paper nak kena jawab. Huuuu, pening kepalo den,hehehe :-) Ni saja-saja klik kat internet ni. Teringat pulak kat tok. So, aku upload la gambar tok dalam blog ni.

Cayalah tok! Gambar tok ada dalam internet tuuuu...Seantereo dunia boleh tengok. Oh dunia, lihatlah...Ni la tok kami. Yang jaga kami dari kecik. Yang ubatkan aku demam, esoknya nak periksa.

Khamis, 1 November 2007

SORRY!!SEDIKIT KESILAPAN TEKNIKAL...

Sebelum ni semua pelawat blog ni tak boleh tinggalkan komen dalam setiap post. Tapi sekarang dah boleh. Cuma klik kat setiap topik, kemudian klik kat "post comment". Lepas tu dah boleh tinggalkan komen..Mudah jer...