Ahad, 28 September 2008

Ahad, 31 Ogos 2008

Sabtu, 30 Ogos 2008

Selasa, 19 Ogos 2008

Ahad, 22 Jun 2008

Jumaat, 6 Jun 2008

FAKTA HARGA MINYAK!

Malaysia adalah penegeluar minyak. Tapi kenapa harga minyak di Malaysia lebih mahal berbanding dengan negara pengeluar yang lain?

SELOKA PAK LAH TEMBERANG!


Hari ni tah berapa hari berapa Pak Lah jadi PM kami,
Memang dari dulu kami sokong sampai lani,
Tapi hari ni, buka mata, senak perut anak bini,
Dengaq Pak Lah umum harga minyak naik lagi!

Memang kami tak tau pasai ekonomi,
Yang tau semua Pak Lah dengan kroni,
Tapi sampai bila nak jadi camni,
Dapat gaji habis tak berbaki.

Pak Lah kata tak boleh buat apa,
Ni semua ekonomi dunia,
Kalau tak naik nanti dunia kata apa,
Habis tu yang rakyat menderita, tak pa ka?

Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat,
Konon Pak Lah nak keja sama-sama rakyat,
La ni nampak macam nak telan kederat,
Dok nampak kami yang nak melarat!

Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat,
Konon tak mau tengok rakyat hidup melarat,
Tapi kalau macam ni punya sarat,
Darah rakyat pun boleh sejat.

Pak Lah kata rakyat manja subsidi,
Konon asyik kerajaan saja dok bagi,
Sapa kata rakyat tak pernah bagi,
Yang pangkah 5 tahun sekali tu sapa bagi???

Tiap kali naik harga, dok banding sini-sana,
Cuba tengok kat Singapore lagu mahal dari kita,
Apa jenis Pak Lah buat kira bicara,
Kenapa tak ikut Brunei punya harga?

Brunei kita tak boleh kira,
Minyak depa berlambak tak terkira,
Kenapa, minyak Malaysia takde harga ka?
Kalau tak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa.

Ada Petronas pun tak boleh buat apa,
Ada duit sikit, dah nak mengada,
Pi buat menara pagoda kembar dua,
Nak tunjuk kat dunia kami la kaya.

Petronas kata kami tak boleh buat apa,
Kerajaan yang buat kira bicara,
Kami ikut apa kerajaan kata,
Royalti jadi ehsan pun kami tak boleh kata apa.

Hari ni harga petrol naik lagi,
Tunggu pulak apa cerita esok pagi,
Habis semua ikan, sayur, tepung dan cili,
Harga pun dia naik sekali.

Nanti ada la menteri dok cakap,
Sapa naik harga dia nak pi tangkap,
Sampai bila dia ni nak ubah sikap,
Ingat orang nak heran sangat dia punya cakap.

Pak Lah kena fikir nasib kami,
Kais pagi makan pagi,
Anak kecik pun dok ada lagi,
Boleh ke kami nak hidup camni?

Jangan dok ingat kami macam Pak Lah,
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah,
Ada anak dan menantu buat bisnes tak pernah rebah,
Dapat tender pun tak payah susah-susah.

Kami rakyat bukan macam tu,
Sekarang ni pun dah ada nak makan ubi kayu,
Sedih sungguh ohhhhhhh negara ku,
Tak kan nak hidup macam zaman batu?

Dah sampai masa Pak Lah mau ingat,
Selesai masalah rakyat dengan cepat,
Bila rakyat dah naik meluat,
Demontrasi jalanraya kami nak buat!

Cukuplah sampai di sini,
Hati sakit dah tak terperi,
Memang Parti Barang Naik depa ni,
Ada sapa-sapa nak Barang Naik undi la depa lagi....!

Selasa, 3 Jun 2008

GAMBAR SEKITAR KENDURI DIK YANG&ZAID




Ni jer gambar masa kenduri Dik Yang ngan Zaid baru ni. Aku tak sempat ambik masa depa berlarak masuk sebab masa tu aku kat Kepala Batas, Penang. Sebab ada kenduri gak kat sana.. Okayla, buat pengubat rindu bagi sapa-sapa yang tak leh pi kenduri tu...huhu

Sabtu, 10 Mei 2008

HAPPY MOTHER's DAY

Selamat Hari Ibu buat mak.
Juga kepada mereka yang bergelar ibu..
Happy Mother's Day..

Khamis, 17 April 2008

SYAFIQAH DAPAT OFFER KE MATRIKULASI KEDAH


Assalamualaikum

Minta maaf banyak2 kerana dah lama tak update blog ni. Sampai dah naik bersawang..

Tahniah kepada Syafiqah yang dah berjaya menempatkan diri di Kolej Matrikulasi Kedah dalam bidang Sains. Pendaftarannya pada 12 Mei 2008 ni. Semoga dia terus sukses di masa akan datang. Insyaallah....

Isnin, 14 Januari 2008

TOK AYAH SATU PENTAS BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Semasa membaca artikal dalam Blog Anwar Ibrahim, tetiba ada satu cerita tentang lawatan Dato' Seri Anwar Ibrahim ke gelanggang silat. Belek punya belek, ada Tok Ayah sekali dalam gambar tu. Kalau nak tau lebih lanjut sila klik di sini.

Huyyoooo, gempakla Tok Ayah boleh kongsi pentas dengan Anwar Ibrahim..Cayalah! hehe

Ahad, 13 Januari 2008

BUAI LAJU-LAJU...

Buai laju-laju sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab....

Rabu, 9 Januari 2008

SALAM MAAL HIJRAH

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH

Semoga detik-detik mendatang menjanjikan 1001 kebahagiaan buat kita semua.
Diharapkan agar Islam terus berkembang mekar di bumi bertuah, tanah air tercinta ini.
Takbir! Allahuakhbar..