Selasa, 30 Oktober 2007

HARGA SEBUAH KEHIDUPAN

Hari ni entah hari ke berapa syawal. Kat johor ni, raya disambut sebulan. Tak macam kita di utara. Tiap2 malam ada majlis rumah terbuka. camtulah hebatnya raya di bumi Johor ni, walaupun puasa belum tentu diterima atau tidak..

Raya baru ni, macam2 terjadi di kalangan saudara mara. Yang memilukan bila melihat tok wan ki terlantar kena strok. Sedih sungguh, dulu semasa duk kat rumah tok (batu 16), dia selalu datang jemput untuk berbuka puasa kat rumah dia. Bersungguh benar dia ajak. Tapi sekarang, dia hanya mampu terbaring...Semoga dia cepat sembuh. Walaupun tak 100%, biarlah dia mampu berbicara sepatah dua.

Hidup ni, banyak yang perlu dikorbankan. Untuk sebuah kehidupan, ada harga yang perlu kita bayar untuk menikmatinya. Terkejut juga bila dengar cerita Kak Tini terpaksa berjauhan dengan anak2nya kerana tuntutan kerja. Dia di KL, anak2 dan suami di Kedah. Nampak macam mudah, tapi mampukah kita? Tak ketinggalan juga abah kita. Demi sebuah kehidupan, terpaksa berjauhan dengan anak2 dan mak. Pengorbanan seperti ini sememangnya wajib kita kenang dan insafi. Apakah kita mampu menghadapi saat2 yang menguji kesabaran seperti tu? Kenanglah jasa mereka yang berkorban untuk kita dengan tidak melakukan perkara yang dikira "ouf of expectation". Meskipun dibelakang, tanpa dapat dilihat!

Rabu, 24 Oktober 2007

DAH DAPAT SAMBUTAN!

Okayla, sekarang ni dah ada yang tau pasal blog ni. Boleh la kita borak2, sembang2 apa yang patut kat bolg ni. Jangan sembang yang mengarut dah laaa...

Sekurangnya kita sama2 leh eratkan silaturahim, nak send SMS kerap2 pun banyak makan modal. So, blog ni leh jadi medium perhubangan yang baik antara kita semua. Mana tau ada 'lubang' baik yang boleh dikongsi bersama.

Aku sebanarnya bercita-cita nak kumpulkan keturunan HJ SAID. Senang cakap nak buat perjumpaan keluarga la. tapi tak taula boleh buat ke tak. Tapi dah ada blog ni kira alright la,hehe

okla, cukup setakat disini dulu..Jumpa lagi :)

Sabtu, 20 Oktober 2007

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG!

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah, usaha untuk menghasilkan blog ni berjaya dihasilkan. Dengan adanya blog ni, bolehla kita berhubung antara satu sama lain. Sekali sekala masuk internet, bolehla layari blog ni.

Kat sebelah tepi blog ni, ada disediakan kotak untuk tinggalkan message. Alaaa, macam kotak untuk chat la. Taip je apa-apa, kemudian klik button 'Shout'. Mudah jer, semudah 1-2-3! hehehe.

Dengan adanya blog ni, bolehla kita berbincang apa-apa yang patut. Nak bagi cadangan ke, nak tanya khabar ke...Whatever lah! Mana tau, Watie kat Ireland nak tinggalkan message ke..Huyyooooooo...Orang Ireland tu,hehe. Atau sedara mara lain kat merata tempat seluruh pelusuk dunia ni :-)

Lagi satu, kalau ada sesiapa yang nak sumbangkan artikel dalam blog ni, boleh la email ke zuhairy_gq(at)yahoo.com. Gantikan tanda (at) dengan @. Nanti hangpa akan menerima satu email invitation. Kemudian register, lepas tu boleh log in dan send artikel dalam blog ni. Kiranya jadi repoter sambilan la..Boleh masukkan gambar kalau ada..

Okla, cukup setakat ni dulu. Nanti ada masa kita sembang2 lagi. Sebelum tu diucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" buat semua.

zuhairy @ mr.admin :-)