Sabtu, 20 Oktober 2007

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG!

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah, usaha untuk menghasilkan blog ni berjaya dihasilkan. Dengan adanya blog ni, bolehla kita berhubung antara satu sama lain. Sekali sekala masuk internet, bolehla layari blog ni.

Kat sebelah tepi blog ni, ada disediakan kotak untuk tinggalkan message. Alaaa, macam kotak untuk chat la. Taip je apa-apa, kemudian klik button 'Shout'. Mudah jer, semudah 1-2-3! hehehe.

Dengan adanya blog ni, bolehla kita berbincang apa-apa yang patut. Nak bagi cadangan ke, nak tanya khabar ke...Whatever lah! Mana tau, Watie kat Ireland nak tinggalkan message ke..Huyyooooooo...Orang Ireland tu,hehe. Atau sedara mara lain kat merata tempat seluruh pelusuk dunia ni :-)

Lagi satu, kalau ada sesiapa yang nak sumbangkan artikel dalam blog ni, boleh la email ke zuhairy_gq(at)yahoo.com. Gantikan tanda (at) dengan @. Nanti hangpa akan menerima satu email invitation. Kemudian register, lepas tu boleh log in dan send artikel dalam blog ni. Kiranya jadi repoter sambilan la..Boleh masukkan gambar kalau ada..

Okla, cukup setakat ni dulu. Nanti ada masa kita sembang2 lagi. Sebelum tu diucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" buat semua.

zuhairy @ mr.admin :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan