Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tak berapa lama lagi kita akan menyambut ketibaan 10 Zulhijjah, menandakan sambutan perayaan Hari Raya Aidil Adha. Sambutan yang bertitik tolak daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail a.s. Mengambil roh daripada pengorbanan itu, kita seharusnya menjadikan ianya iktibar dan panduan dalam kehidupan.
Ibadah Korban
Menjelang 10 Zulhijjah, telah menjadi tradisi sejak zaman berzaman ibadah korban dilakukan. Ibadah yang besar pahalanya di sisi Allah s.w.t. Korban merupakan satu menifestasi menyatakan kesanggupan kita untuk melakukan pengorbanan yang akan kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Menurut apa yang dipelajari oleh saya sejak kecil, binatang yang kita korbankan akan menjadi kenderaan apabila di mahsyar kelak. Namun, ramai yang masih berkira untuk mengorbankan sedikit harta untuk kepentingan sendiri di akhirat.
RM250 setahun vs RM250 sebulan
Jika hari ini, kita sebenarnya lebih sanggup mengeluarkan RM250 sebulan untuk kenderaan di dunia berbanding hanya RM250 setahun untuk dijadikan korban sebagai kenderaan di akhirat. Secara mudahnya beginilah. Katakan kita membeli sebuah kereta Kancil yang mana setiap bulan perlu membayar ansuran sebanyak RM250. Bermakna RM250 x setahun = RM3000.Itu baru ansuran bulannya sahaja belum dicampur dengan road tax, kos penyelenggaraan dan petrol. Untuk apa? Ya, untuk kenderaan di dunia.
Lihat, nilai yang berganda berbanding pengorbanan yang perlu dikeluarkan untuk negeri akhirat. Apakah menjadi suatu yang terlalu berat nak keluarkan sebanyak RM250 setahun atau sekali seumur hidup? Padahal bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri jugak.
Jadi marilah kita bersama-sama menjadikan ibadah korban ini sebagai satu 'perlaburan' yang menguntungkan. Suatu perlaburan yang dijamin untung lebih daripada 100%! Kepada sesiapa yang masih belum melakukan ibadah korban ni, daftarlah sekarang. Kerana mungkin kita tak akan berjumpa lagi dengan 10 zulhijjah pada tahun hadapan.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan