Selasa, 25 Disember 2007

FARAHAYATI (Dik Yang) SELAMAT DIIJABKABULKAN




Tanggal 22hb Disember yang lalu, Farahayati atau lebih dikenali dengan Dik Yang telah selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya, Zaid. Majlis tersebut telah dihadiri oleh sanak saudara.. Semoga kekal sehingga akhir hayat....
Dik Yang, tak dak ucapan ke sepatah dua kata?hehe



TOK WAN KI DAH BERANSUR PULIH


Baru-baru ni saya berkesempatan melawat Tok Wan Ki yang terlantar di rumah akibat serangan strok (angin ahma). Alhamdulillah, dia sekarang dah boleh bangun dengan bantuan tali yang diikat di tiang. Dia kemudian boleh menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk memaut kepada tali tersebut.


Selain tu, dia juga dah boleh bercakap sepatah dua kata. Apa yang diperkatakannya sudah boleh difahami...Alhamdulillah...semoga Tok Wan Ki cepat sembuh, aminnnn...

PERKAHWINAN FARID-Anak Ayah Mie

kepada sesiapa yang tak berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan Farid, kat sini ada video.. Ada gambar Tok Ayah bersilat lagi! Eyah, eeeearrghghh...ops! Aduh sakit pinggang, huhu

Jumaat, 14 Disember 2007

RM250 setahun vs RM250 sebulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak berapa lama lagi kita akan menyambut ketibaan 10 Zulhijjah, menandakan sambutan perayaan Hari Raya Aidil Adha. Sambutan yang bertitik tolak daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail a.s. Mengambil roh daripada pengorbanan itu, kita seharusnya menjadikan ianya iktibar dan panduan dalam kehidupan.

Ibadah Korban

Menjelang 10 Zulhijjah, telah menjadi tradisi sejak zaman berzaman ibadah korban dilakukan. Ibadah yang besar pahalanya di sisi Allah s.w.t. Korban merupakan satu menifestasi menyatakan kesanggupan kita untuk melakukan pengorbanan yang akan kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Menurut apa yang dipelajari oleh saya sejak kecil, binatang yang kita korbankan akan menjadi kenderaan apabila di mahsyar kelak. Namun, ramai yang masih berkira untuk mengorbankan sedikit harta untuk kepentingan sendiri di akhirat.

RM250 setahun vs RM250 sebulan

Jika hari ini, kita sebenarnya lebih sanggup mengeluarkan RM250 sebulan untuk kenderaan di dunia berbanding hanya RM250 setahun untuk dijadikan korban sebagai kenderaan di akhirat. Secara mudahnya beginilah. Katakan kita membeli sebuah kereta Kancil yang mana setiap bulan perlu membayar ansuran sebanyak RM250. Bermakna RM250 x setahun = RM3000.Itu baru ansuran bulannya sahaja belum dicampur dengan road tax, kos penyelenggaraan dan petrol. Untuk apa? Ya, untuk kenderaan di dunia.

Lihat, nilai yang berganda berbanding pengorbanan yang perlu dikeluarkan untuk negeri akhirat. Apakah menjadi suatu yang terlalu berat nak keluarkan sebanyak RM250 setahun atau sekali seumur hidup? Padahal bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri jugak.

Jadi marilah kita bersama-sama menjadikan ibadah korban ini sebagai satu 'perlaburan' yang menguntungkan. Suatu perlaburan yang dijamin untung lebih daripada 100%! Kepada sesiapa yang masih belum melakukan ibadah korban ni, daftarlah sekarang. Kerana mungkin kita tak akan berjumpa lagi dengan 10 zulhijjah pada tahun hadapan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..

Selasa, 27 November 2007

QARI DARI PAKISTAN

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekelian,
Untuk meneruskan lagi majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa ini, majlis mempersilakan peserta dari Pakistan untuk memperdengarkan bacaannya. Dengan menggunakan lagu Hijaz, Nahwand dan Diharkah dengan menggunakan riwayat Susi... :)

Jumaat, 23 November 2007

TOK BARU KELUAR HOSPITAL YAN

Gambar ni diambil selepas dia sampai di Sg Pasir.

Tok baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Yan pada 23/11/2007 yang lalu. Sekarang dia berada di Sg Pasir, Sg Petani. Keadaan dia beransur pulih cuma kadang-kadang dia mengadu sedikit kepenatan.

Setelah dipujuk berulang kali oleh mak, akhirnya dia bersetuju nak duduk kat sini. Senang sikit mak nak jengok dia. Semoga dia cepat sembuh seperti sedia kala. Amin......

KONVOKESYEN HAZMI

...Kepada sesiapa yang tak berkesempatan untuk menghadiri konvo hazmi, ni ada video semasa dia terima scroll dari Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan...

Pihak blog ni dan seluruh warganya mengucapkan tahniah di atas penganugarahan tersebut..Saksikan videonya.Selamat menonton :)





Ahad, 18 November 2007

TELATAH HAZIQ

Ni ada video Haziq yang diambil masa raya hari tu. Entah apa yang dia cakap tak taulah. Sekarang dah pandai belajar menulis :)

Rabu, 14 November 2007

PERHIMPUNAN BERSIH : Al-Jazeera

Hari sabtu yang lalu (10 November 2007), satu Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Persatuan Bersih telah diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan itu diadakan adalah untuk menuntut pilihanraya yang lebih adil, telus dan bebas dari sebarang penyelewengan. Seramai 100 ribu orang, terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah hadir ke perhimpuanan tersebut. Ianya telah mendapat liputan meluas di media antarabanga seperti BBC, CNN dan juga Al-Jazeera. Ikutilah rakaman video tersebut. Selamat menonton.



kat bawah ni, gambar semasa perhimpunan itu berlangsung.

Selasa, 13 November 2007

DIALAH TOK KITA...SEORANG DAN TIADA YANG LAIN!

Assalamualaikum WBT..

Hari ni Mr.Admin (zuhairy) baru habis exam. Ada lagi 3 paper nak kena jawab. Huuuu, pening kepalo den,hehehe :-) Ni saja-saja klik kat internet ni. Teringat pulak kat tok. So, aku upload la gambar tok dalam blog ni.

Cayalah tok! Gambar tok ada dalam internet tuuuu...Seantereo dunia boleh tengok. Oh dunia, lihatlah...Ni la tok kami. Yang jaga kami dari kecik. Yang ubatkan aku demam, esoknya nak periksa.

Khamis, 1 November 2007

SORRY!!SEDIKIT KESILAPAN TEKNIKAL...

Sebelum ni semua pelawat blog ni tak boleh tinggalkan komen dalam setiap post. Tapi sekarang dah boleh. Cuma klik kat setiap topik, kemudian klik kat "post comment". Lepas tu dah boleh tinggalkan komen..Mudah jer...

Selasa, 30 Oktober 2007

HARGA SEBUAH KEHIDUPAN

Hari ni entah hari ke berapa syawal. Kat johor ni, raya disambut sebulan. Tak macam kita di utara. Tiap2 malam ada majlis rumah terbuka. camtulah hebatnya raya di bumi Johor ni, walaupun puasa belum tentu diterima atau tidak..

Raya baru ni, macam2 terjadi di kalangan saudara mara. Yang memilukan bila melihat tok wan ki terlantar kena strok. Sedih sungguh, dulu semasa duk kat rumah tok (batu 16), dia selalu datang jemput untuk berbuka puasa kat rumah dia. Bersungguh benar dia ajak. Tapi sekarang, dia hanya mampu terbaring...Semoga dia cepat sembuh. Walaupun tak 100%, biarlah dia mampu berbicara sepatah dua.

Hidup ni, banyak yang perlu dikorbankan. Untuk sebuah kehidupan, ada harga yang perlu kita bayar untuk menikmatinya. Terkejut juga bila dengar cerita Kak Tini terpaksa berjauhan dengan anak2nya kerana tuntutan kerja. Dia di KL, anak2 dan suami di Kedah. Nampak macam mudah, tapi mampukah kita? Tak ketinggalan juga abah kita. Demi sebuah kehidupan, terpaksa berjauhan dengan anak2 dan mak. Pengorbanan seperti ini sememangnya wajib kita kenang dan insafi. Apakah kita mampu menghadapi saat2 yang menguji kesabaran seperti tu? Kenanglah jasa mereka yang berkorban untuk kita dengan tidak melakukan perkara yang dikira "ouf of expectation". Meskipun dibelakang, tanpa dapat dilihat!

Rabu, 24 Oktober 2007

DAH DAPAT SAMBUTAN!

Okayla, sekarang ni dah ada yang tau pasal blog ni. Boleh la kita borak2, sembang2 apa yang patut kat bolg ni. Jangan sembang yang mengarut dah laaa...

Sekurangnya kita sama2 leh eratkan silaturahim, nak send SMS kerap2 pun banyak makan modal. So, blog ni leh jadi medium perhubangan yang baik antara kita semua. Mana tau ada 'lubang' baik yang boleh dikongsi bersama.

Aku sebanarnya bercita-cita nak kumpulkan keturunan HJ SAID. Senang cakap nak buat perjumpaan keluarga la. tapi tak taula boleh buat ke tak. Tapi dah ada blog ni kira alright la,hehe

okla, cukup setakat disini dulu..Jumpa lagi :)

Sabtu, 20 Oktober 2007

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG!

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah, usaha untuk menghasilkan blog ni berjaya dihasilkan. Dengan adanya blog ni, bolehla kita berhubung antara satu sama lain. Sekali sekala masuk internet, bolehla layari blog ni.

Kat sebelah tepi blog ni, ada disediakan kotak untuk tinggalkan message. Alaaa, macam kotak untuk chat la. Taip je apa-apa, kemudian klik button 'Shout'. Mudah jer, semudah 1-2-3! hehehe.

Dengan adanya blog ni, bolehla kita berbincang apa-apa yang patut. Nak bagi cadangan ke, nak tanya khabar ke...Whatever lah! Mana tau, Watie kat Ireland nak tinggalkan message ke..Huyyooooooo...Orang Ireland tu,hehe. Atau sedara mara lain kat merata tempat seluruh pelusuk dunia ni :-)

Lagi satu, kalau ada sesiapa yang nak sumbangkan artikel dalam blog ni, boleh la email ke zuhairy_gq(at)yahoo.com. Gantikan tanda (at) dengan @. Nanti hangpa akan menerima satu email invitation. Kemudian register, lepas tu boleh log in dan send artikel dalam blog ni. Kiranya jadi repoter sambilan la..Boleh masukkan gambar kalau ada..

Okla, cukup setakat ni dulu. Nanti ada masa kita sembang2 lagi. Sebelum tu diucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" buat semua.

zuhairy @ mr.admin :-)