Selasa, 30 Oktober 2007

HARGA SEBUAH KEHIDUPAN

Hari ni entah hari ke berapa syawal. Kat johor ni, raya disambut sebulan. Tak macam kita di utara. Tiap2 malam ada majlis rumah terbuka. camtulah hebatnya raya di bumi Johor ni, walaupun puasa belum tentu diterima atau tidak..

Raya baru ni, macam2 terjadi di kalangan saudara mara. Yang memilukan bila melihat tok wan ki terlantar kena strok. Sedih sungguh, dulu semasa duk kat rumah tok (batu 16), dia selalu datang jemput untuk berbuka puasa kat rumah dia. Bersungguh benar dia ajak. Tapi sekarang, dia hanya mampu terbaring...Semoga dia cepat sembuh. Walaupun tak 100%, biarlah dia mampu berbicara sepatah dua.

Hidup ni, banyak yang perlu dikorbankan. Untuk sebuah kehidupan, ada harga yang perlu kita bayar untuk menikmatinya. Terkejut juga bila dengar cerita Kak Tini terpaksa berjauhan dengan anak2nya kerana tuntutan kerja. Dia di KL, anak2 dan suami di Kedah. Nampak macam mudah, tapi mampukah kita? Tak ketinggalan juga abah kita. Demi sebuah kehidupan, terpaksa berjauhan dengan anak2 dan mak. Pengorbanan seperti ini sememangnya wajib kita kenang dan insafi. Apakah kita mampu menghadapi saat2 yang menguji kesabaran seperti tu? Kenanglah jasa mereka yang berkorban untuk kita dengan tidak melakukan perkara yang dikira "ouf of expectation". Meskipun dibelakang, tanpa dapat dilihat!

2 ulasan: